fbpx

HWC Coffee buka kedai flagship luar negara pertama di Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan HWC Coffee dan wajah produk yang baru dilantik melancong ke Taiwan untuk mempelajari proses pembuatan kopi.

PETALING JAYA – Rangkaian kedai kopi specialty terkenal, HWC Coffee Malaysia mensasarkan untuk membuka tambahan 40 buah kedai jenama kopi specialty di seluruh Malaysia pada 2023.

Bukan itu sahaja, jenama berkenaan akan memperkenalkan kedai flagship luar negara pertama di Brunei pada pertengahan bulan April selain mengendalikan Akademi Kopi di Malaysia mulai bulan Mei.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee Malaysia, Zenda Ng, kedai flagship dan Akademi Kopi terletak di Lembah Klang dan kini sedang menjalani persiapan untuk pembukaan pada bulan Mei nanti.

“Kedai flagship akan menyediakan pilihan kopi yang lebih luas dalam kualiti dan julat harga yang berbeza untuk memenuhi pilihan yang pelbagai, manakala akademi kopi akan menekankan latihan barista, kursus pendek dan pengalaman kopi hujung minggu.

“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan klinik kopi unik HWC Coffee dari Taiwan ke Malaysia dan melibatkan pelanggan tempatan serta penggemar kopi dengan cara yang menarik,” kata Ng.

Selain itu, HWC juga merancang untuk berkembang di luar wilayah Lembah Klang tahun ini, termasuk dengan pembukaan di Pulau Pinang menjelang bulan April dan mengintai peluang perkembangan perniagaan di bandar-bandar utama.

Sejak kedai jenama pertama HWC Coffee dibuka di pusat beli belah, 1Utama pada April 2022, rangkaian perniagaan tersebut telah berkembang pesat dengan membuka 15 buah jenama kedai dalam masa sembilan bulan sahaja.

18 jenama kedai

Pada tahun 2023, HWC Coffee berjaya melancarkan kedai mini di tiga buah bangunan rumah inap yang terkenal, sehingga Februari, HWC coffee mempunyai 18 jenama kedai.

Sebagai sebahagian daripada rancangan perkembangan HWC Coffee, syarikat tersebut menganjurkan lawatan ke Taiwan pada awal bulan Mac dengan menjemput pengamal media dari Malaysia dan Brunei, pencipta kandungan dan rakan niaga mengalami proses penuaian kopi, pemprosesan kopi, pemanggangan dan pembungkusan di mana HWC Coffee diasaskan.

HWC Coffee Malaysia menganjurkan lawatan media “To Discover, To Satisfy” ke Taiwan untuk memperkenalkan jenama kopi tersebut kepada orang awam. 

Matlamatnya adalah untuk mempromosikan komitmen HWC terhadap konsep “Dari Ladang ke Cawan” dan profesionalisme HWC Coffee.

Para peserta melawat ladang kopi terkenal di Alishan, Taiwan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kopi dan melihat sendiri penuaian kopi dan kaedah pemprosesan kopi.

Penginapan lawatan mendapat kerjasama hotel mesra muslim, Hotel INDIGO Taipei, Holiday Inn Express Chiayi, Holiday Inn Express dan Taichung Park.

Mereka juga berpeluang melawat kedai panggang kopi di ibu pejabat HWC untuk melihat mesin pemanggang kopi udara panas penuh buatan Itali yang berteknologi tinggi, imf RM -60RAS, yang berharga RM 1.3 juta.

Sementara itu, HWC telah juga mengadakan acara di Taiwan untuk mengumumkan pelantikan selebriti Malaysia, Jack Tan dan Natasha Sass sebagai HWC Friends atau wajah produk.

HWC Friend

Rangkaian kedai kopi tersebut juga akan melancarkan biji kopi bermusim serba baharu sempena pembukaan kedai utamanya di Malaysia.

Dua koleksi tersebut ialah HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean dan HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Coffee Bean, dengan pensijilan Halal daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan.

HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean ialah biji kopi istimewa berkualiti tinggi yang dihasilkan bersama oleh HWC Coffee dan Teofahza Specialty Coffee Studio, yang akan dijual secara eksklusif di kedai utama. Manakala HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Specialty Coffee Bean akan tersedia pada bulan Ogos di setiap jenama kedai.

Jack Tan (kiri) dan Natasha Sass dilantik sebagai HWC Friend.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai HWC Friend, Jack Tan berkata dia seorang pencinta kopi dan berbesar hati dapat bekerja dengan HWC.

“HWC Coffee ialah jenama kopi profesional dan saya teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka,” katanya.

Natasha Sass mendedahkan bahawa sebagai seorang pencinta kopi, kopi adalah minuman paling penting baginya untuk memulakan hari dan ia membuatkan dirinya berasa gembira, sama seperti membuat muzik, iaitu kedua-duanya sumber kebahagiaannya.

“Saya berharap dapat berkongsi kegembiraan dan muzik saya dengan semua orang melalui HWC Coffee.

“Sebagai seseorang yang memberi perhatian kepada kualiti kopi, saya telah membeli produk HWC dan mencuba kopi drip bag mereka dan amat kagum dengan kualiti biji kopi mereka. Oleh itu, saya menerima pelawaan ini tanpa teragak-agak,” kata Natasha.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hwccoffee.my, laman Facebook https://www.facebook.com/HWCmalaysia dan Instagram: @hwc_malaysia. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI