fbpx

Faktor usia, Natasha Hudson mahu segera hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NATASHA teringin mempunyai anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Jay.

PETALING JAYA – Memasuki usia 41 tahun, aktres yang juga model popular, Natasha Hudson menyuarakan keinginan untuk mempunyai zuriat hasil perkongsian hidup bersama suami ke­limanya.

Menikahi Muhammad Harits Jasmin atau Jay Jasmin sejak setahun lalu, Natasha dan suaminya bagaimanapun tidak terlalu terdesak untuk dikurniakan anak.

Menurut Natasha, mereka hanya berserah kepada Allah jika dikurniakan rezeki suatu hari nanti.

Katanya, dia dan suami pernah berbincang untuk memiliki zuriat bersama, namun memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.

“Selepas setahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu kami inginkan cahaya mata. Kami pun pernah berbincang tentang perkara ini (zuriat).

“Saya selalu usik suami tentangnya (untuk memiliki anak), namun kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak (hasil perkahwinan terdahulu),” kata Natasha kepada Kosmo!.

Ujar selebriti berdarah Me­layu-Australia itu lagi, walaupun mempunyai keinginan untuk menambah bilangan zuriat, namun dia tidak boleh menunggu terlalu lama disebabkan faktor usia.

“Kalau mahu miliki zuriat pun, insya-Allah untuk tahun sete­rusnya (tahun hadapan). Tapi saya pun tidak boleh menunggu lama sebab faktor usia,” katanya.

Ketika disoal tentang pe­rasaan suami, aktres filem Chermin itu berkata, Jay sebenarnya tidak kisah jika perkahwinan mereka tidak dihadirkan dengan cahaya mata, memandangkan sudah pun memiliki tiga orang anak tiri.

“Suami kata dia tidak kisah. Kalau tidak ada, pun tak mengapa. Tapi kalau ada dia okay. Sebab bila saya cakap nak (anak), sudah tentu dia suka.

“Bagi suami, kehadiran tiga orang anak ‘ekspres’ (tiri) sudah cukup menggembirakan hatinya. Dia sangat senang dengan keha­diran anak-anak saya. Tapi saya tahu dia inginkan anak sendiri juga,” jelasnya.

Natasha yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di Hotel St. Regis itu mengakui sangat bahagia dan tenang dengan perkahwinan kali ini.

“Alhamdulillah ada seseorang yang boleh faham diri saya dan kami boleh berbual seperti seorang rakan. Apa yang penting, keluarganya boleh menerima kehadiran saya,” kata Natasha.

Untuk rekod, Natasha mendiri­kan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Se­langor. Dalam satu kenyataannya, Natasha berharap perkahwinan kali kelimanya itu tidak disensasikan pihak media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI