fbpx

Individu buang sampah ke dalam sungai dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tular yang dipercayai berlaku di Kampung Agam, Astana Raja, dekat sini, baru-baru ini.

REMBAU – Rata-rata warganet kesal dengan sikap seorang pemandu lori yang dipercayai membuang sampah-sarap di sebatang sungai di Kampung Agam, Astana Raja, dekat sini, baru-baru ini.

Gambar sampah-sarap berkenaan dikongsikan di media sosial penduduk setempat yang memohon pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas sikap tidak bertanggungjawab itu.

Hantaran berkenaan menjadi tular dan pengirim bertanyakan sama ada warganet yang lain mengenali pemilik lori tersebut.

“Nak tanya kalau ada yang kenal ‘owner’ lori ni. Selamba abah dia dahaja buang sampah dalam sungai dekat Kg. Agam. Kita tegur dia buat bodo sahaja, tak layan.

“Risau nak turun kereta tadi. Tak terfikir nak rakam video masa mereka melempar (sampah) dalam sungai. Yang baju coklat tu bawa lori, sorang lagi bawa (motosikal),” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Rembau (MDR), Mohamad Najib Mustafa berkata, beliau sudah memaklumkan kes berkenaan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI