fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 3 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tiga negeri termasuk Sarawak pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk ini dijangka berlarutan sehingga pukul 9 pagi.

Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan-kawasan terlibat.

“Antaranya adalah Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta seluruh negeri Melaka.

“Selain itu, di Sarawak melibatkan Kapit (Kapit dan Bukit Mabong),” katanya di Facebook sebentar tadi.

Tambah laporan itu lagi, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI