fbpx

Dapat RM8,000 sebulan hasilkan cocopeat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AMIR (tengah) bersama dua pekerjanya menunjukkan cocopeat yang dihasilkan di bengkel mereka di Kampung Kolam Mas, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Seorang penjual santan di Kampung Kolam Mas di sini menjana pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan dengan menghasilkan lebih 1,000 guni serbuk gambut kelapa atau cocopeat daripada sabut kelapa terbuang sejak dua tahun lalu.

Mohd. Amir Ibrahim, 34, berkata, ia boleh dijadikan medium tanaman fertigasi dan mendapat permintaan tinggi kerana ia mudah, selain mesra alam sekitar.

Cocopeat juga katanya, digunakan sebagai bahan untuk membuat guni, tali dan kusyen kereta.

“Saya mendapat idea menghasilkan cocopeat selepas melihat lambakan sabut kelapa di kedai.

“Dibantu empat pekerja, saya menghasilkan 100 sehingga 150 guni cocopeat sehari.

“Ia dihasilkan selepas sabut kelapa diproses melalui dua mesin iaitu pengisar dan penapis sabut,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, berbekalkan wang simpanan sendiri, dia membeli dua me­sin itu pada harga RM30,000 bagi memproses sabut kelapa halus atau kasar.

Ujarnya, modal itu juga digunakan untuk membina bengkel bagi memproses cocopeat.

“Saya melihat bahan itu semakin mendapat permintaan sehingga kami tidak menang tangan dan terpaksa mengambil sabut kelapa daripada pe­ngusaha lain,” ujarnya.

Mohd. Amir berkata, dia merupakan salah seorang usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menghasilkan cocopeat.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI