fbpx

Sisi anggun, karismatik Mawar Karim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mawar lebih gemar berbicara dan bercerita tentang soal bisnes berbanding hal peribadinya.

KEBIASAANNYA syarikat yang terlibat dengan perkhidmatan atau rangkaian produk kecantikan gemar mengambil golongan artis sebagai duta.

Berbeza dengan syarikat V Ultimate Group yang di bawahnya bernaung jenama ternama seperti DrNano, Hairva, H2G, Ava, MY Thai dan MY Tradisi memilih duta mereka bukan dalam kalangan artis atau selebriti.

Sebaliknya, kejelitaan, karisma dan keperibadian yang dimiliki usahawan, Mawar Karim merupakan ciri-ciri yang ditagih syarikat yang terkenal dalam kalangan pengguna kerana penerapan teknologi canggih bagi penjagaan kulit, estetik, rawatan pelangsingan dan produk penjagaan rambut.

Siapa tidak mengenali Mawar, seorang ahli perniagaan wanita yang cukup terkenal sebagai ‘tauke’ tudung.

Mawar baru-baru ini telah diperkenalkan sebagai duta V Ultimate Group dalam satu majlis gilang-gemilang di Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini, dia menerima tawaran menjadi duta V Ultimate Group memandangkan ia merupakan pusat kecantikan sehenti yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan setiap wanita.

“Menjadi sebahagian daripada keluarga V Ultimate merupakan peluang berharga untuk saya kembangkan bakat dalam bisnes yang memang saya minati,” katanya membuka bicara kepada Aura pada majlis itu.

Dalam bicaranya, Mawar yang merupakan Pengasas dan Pengarah Fareeda Global Resources Sdn. Bhd. (Fareeda Group) turut memberitahu, perniagaan tudungnya terus berjalan seperti biasa dan bakal mengetengahkan koleksi tudung terbaik pada harga Rahmah (mampu milik) menjelang Ramadan ini.

Bercerita tentang perkenalannya dengan V Ultimate, cerita Mawar, semuanya bermula apabila dia membuat rawatan di MYTradisi cawangan Mid Valley sebelum ini.

Menurutnya, rawatan awal yang dilakukan bukanlah sekali dua, malah selama enam bulan dan perlu mengikuti beberapa sesi sebelum menerima tawaran sebagai duta syarikat.

“Pada awalnya saya cuba rawatan massage (urut), rasa okay dan lega sangat. Selepas itu saya terfikir untuk buat rawatan kulit wajah, lebih-lebih selepas usia memasuki 30-an.

“Kebetulan di sebelah MYTradisi, ada DrNano dan Ava yang menyediakan perkhidmatan laser, kurus dan macam-macam. Saya tengok sangat mudah, tak perlu fikir nak cari perkhidmatan itu ini untuk buat rawatan.

“Di V Ultimate ini semua ada, ibarat pusat sehenti dan memudahkan orang macam saya yang ada anak kecil kerana semuanya nak cepat dan mudah,” katanya.

Fiona (dua dari kanan) semasa memperkenalkan Mawar (dua dari kiri) sebagai duta V Ultimate Group selain produk terbaharu syarikat itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya lagi, dalam pelbagai rawatan ditawarkan V Ultimate, dia paling tertarik dan jatuh cinta dengan rawatan diode laser for skin rejuvenation by Hairva kerana selepas menjalani rawatan tersebut, jerawat dan kesan parut pada wajahnya semakin berkurangan.

“Tidak setakat perkhidmatan yang berkualiti pada kadar harga berpatuan, layanan kakitangan dan pasukan pengurusan syarikat juga sangat baik,” katanya.

Meneruskan perkongsian, isteri kepada bekas pelakon popular Fizo Omar itu berkata, dia lebih selesa dan suka bercerita mengenai bisnes atau selain soal peribadi apatah lagi berhubung status terkininya.

“Saya tinggal bersama ibu dan keluarga. Saya bahagia kehidupan dikelilingi anggota keluarga. Bila menyentuh soal peribadi, ia bukan sahaja melibatkan diri saya tetapi keluarga secara keseluruhannya.

“Justeru, saya lebih suka bercerita soal bisnes dan meletakkan sempadan terhadap soal peribadi di media sosial,” ujarnya.

Sementara itu, pengasas V Ultimate Group, Fiona Gan berkata, pemilihan Mawar adalah kerana syarikat mahu lari daripada kebiasaan, tambahan pula, Mawar sering mengikuti rawatan syarikat tersebut.

Fiona berkata, pihaknya berhasrat untuk mengembangkan lagi terapi urutan yang semakin mendapat perhatian ramai sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“MyThai merupakan sebuah spa keluarga mewah dan rawatan terapi kesihatan terbaik yang menawarkan harga yang berpatutan. MyTradisi pula ditubuhkan untuk memanfaatkan 70 peratus permintaan pasaran Bumiputera yang berpotensi selain mewujudkan produk dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia,” katanya.

Pada majlis gilang-gemilang itu, kumpulan V Ultimate yang kini memiliki 200 kakitangan turut melancarkan dua produk terbaharu iaitu perkhidmatan khas antipenuaan diode laser dan Hairva khusus bagi perapian rambut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI