fbpx

Liverpool mengorak langkah kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH menjaringkan gol kedua buat Liverpool ketika menewaskan Wolves 2-0 pada aksi EPL di Stadium Anfield awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Pengendali Liver­pool, Jurgen Klopp mengakui boleh menarik nafas lega selepas barisan pemain menunjukkan mentaliti juara untuk melakar kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad The Reds berjaya meraih gol hasil ja­ringan yang dilakukan oleh Virgil van Dijk dan Mohamed Salah, sekali gus memastikan pasukan kembali berada di landasan yang tepat untuk mengejar kedudukan empat pasukan terbaik musim ini.

Kata Klopp, beberapa keputusan perlawanan tidak memihak kepada barisan pemain dengan jaringan dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR), sekali gus menyaksikan semangat pa­sukan sedikit terjejas.

“Ini adalah perlawanan yang sukar kerana kita bermain dengan baik pada awal permainan tetapi gagal mencipta peluang yang diharapkan. Situasi berbeza pada babak kedua yang mana kita mula mendominasi perlawanan.

“Selepas jaringan dibatalkan kerana VAR, pemain tidak berputus asa sebaliknya menggandakan asakan dan berjaya meraih dua gol pada penghujung perlawanan.

“Saya juga mahu memuji beberapa pemain yang dilihat ber­aksi dengan baik kali ini seperti Van Dijk selepas dikritik hebat termasuk Fabinho,” katanya.

Sementara itu, Van Dijk berharap pasukan menjadikan kemenangan positif yang dilakar sebagai momentum untuk terus mendaki carta liga musim ini.

“Apabila pasukan tidak bermain dengan baik, sudah pasti kritikan akan diberikan dan itu adalah perkara yang normal. Namun, kita telah buktikan bahawa pasukan mampu menyerap tekanan untuk meraih kemenangan penting kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI