fbpx

Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca bismillah, bukan arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang mendapat kecaman daripada orang ramai.

PETALING JAYA – “Ini dipanggil ‘beer’. Bismillahirrahmanirrahim,” demikian kata-kata seorang lelaki yang tular di TikTok sehingga videonya mendapat kecaman teruk daripada orang ramai.

Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai, apabila berani menunjukkan gaya hidup ‘liberal’ di media sosial.

Menerusi video yang tersebar luas di media sosial sejak semalam itu, setelah selesai meneguk beer (lager), lelaki tersebut kemudian diminta rakannya untuk mencuba pula air berwarna hitam (stout).

Namun balasnya, dia lebih mengemari lager berbanding stout yang dirasakan tidak begitu ‘sedap’.

Setelah teruk dikecam, lelaki tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar di mana kedua-dua minuman itu tidak mengandungi alkohol seperti yang dipersoalkan ramai.

“Minuman yang saya minum itu memang dinamakan ‘beer’ dan ‘stout’, tapi minuman ini sebenarnya tidak mempunyai alkohol.

“Saya makan di bar mesra Muslim milik kawasan saya di Singapura,” katanya yang menjelaskan situasi sebenar.

Tambah lelaki itu, kedua-dua minuman tersebut berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan dan ‘halal’ untuk diminum oleh orang Islam.

“Minuman itu adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, saya cuma mahu support (sokong) perniagaan anak Melayu kita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI