fbpx

Karnival Kerja Perkeso tawar peluang bagi OKU, graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEE SEM (kanan) bersama Abd. Razak menunjukkan risalah Karnival Kerjaya MYFutureJobs Negeri Melaka Careertrans 2023. Foto oleh AMRAN MULUP/ KOSMO!

MELAKA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri menyasarkan lebih 6,000 graduan dan orang kelainan upaya (OKU) akan hadir pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs Negeri Melaka Careertrans 2023 yang berlangsung pada 11 dan 12 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee
Sem berkata, karnival yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu dibuat berdasarkan sambutan positif pada tahun lalu.

Jelasnya, 10 peratus daripada peluang pekerjaan itu telah dikhususkan untuk pemohon OKU bagi memberi peluang kepada golongan itu menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan disediakan agensi berkaitan.

“Pada tahun lalu, seramai 1,200 daripada 3,000 pemohon yang menghadiri temuduga berjaya mendapatkan pekerjaan di Karnival Kerjaya MYFutureJobs Negeri Melaka Careertrans, tahun lalu.

“Susulan kejayaan itu karnival sama dianjurkan pada tahun ini dan kita sasarkan seramai 6,000 pemohon terdiri daripada graduan dan OKU akan hadir memanfaatkan program ini,” katanya pada sidang akhbar yang dihadiri Pengarah Perkeso negeri, Abd. Razak Omar di MITC di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 25 majikan daripada pelbagai sektor telah menyatakan hasrat untuk turut serta dalam karnival tersebut dan program ini merupakan sebahagian siri jelajah yang bermula dengan Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah & Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Februari lalu.

Katanya, karnival itu akan bermula dari pukul pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI