fbpx

Dewan Rakyat: Harga maksimum jalur lebar berkelajuan tinggi RM254.64 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Harga ditetapkan dalam Standard Mandatori mengenai Harga Capaian (MSAP) baharu yang berkuatkuasa semalam adalah lebih rendah berbanding MSAP sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, harga untuk perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) untuk kelajuan 100 Mbps berdasarkan MSAP baharu untuk tahun 2023 adalah RM254.64 sebulan berbanding RM515 sebulan sebelum ini.

“Oleh demikian, ia dapat mengurangkan kos kepada penerima perkhidmatan capaian yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap kepada pengguna.

“Secara tidak langsung, perkhidmatan kepada pengguna di peringkat runcit boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan berdaya saing atau pada kelajuan yang lebih tinggi.

“Dari segi mutu perkhidmatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggunakan instrumen lain untuk membuat kawal selia antaranya ialah melalui Mandatory Standard Quality of Service (MS QoS) dan pelaksanaan audit berkala terhadap syarikat penyedia perkhidmatan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai MSAP baharu yang mula berkuatkuasa pada 1 Mac 2023 dan kesannya terhadap sektor telekomunikasi dan pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI