fbpx

Tidak bertanding bukan sebab merajuk – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri pada sidang akhbar di Bera hari ini.

KUANTAN – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak merajuk dan masih mempunyai hubungan baik dengan Presiden Parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meskipun beliau tidak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Beliau berkata, antara sebab beliau tidak bertanding jawatan berkenaan kerana tidak bersetuju dengan keputusan agar jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

“Ia bertentangan dengan perlembagaan parti. Kalau saya bertanding jawatan Naib Presiden bermakna saya mengiktiraf jawatan itu untuk tidak dipertandingkan.

“Jadi, saya masih lagi konsisten dengan pendirian saya dan disebabkan itu saya tidak akan bertanding,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Latihan Amal Bera Inter-Agensi dan Komuniti 2023 yang diadakan di Bera Waterfront, di sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sepatutnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menangguh pemilihan UMNO sehingga satu keputusan dibuat jabatan itu berkenaan isu pertandingan dalam jawatan tertinggi parti.

Beliau menegaskan RoS mempunyai kuasa itu sehingga satu keputusan diperoleh bagi permohonan usul tambahan berkaitan pemilihan jawatan presiden dan timbalan presiden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI