fbpx

Aston Martin tolak guna khidmat Vettel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRUGOVICH akan mengibarkan cabaran Aston Martin di GP Bahrain nanti sekiranya Stroll tidak sempat pulih. – AFP

SILVERSTONE – Aston Martin menamatkan spekulasi kepula­ngan semula Sebastian Vettel bersama mereka musim ini apabila mengumumkan Felipe Drugovich sebagai pelumba simpanan menjelang aksi Grand Prix (GP) Bahrain pada 5 Mac ini.

Vettel, 36, dikatakan bakal menggantikan tempat Lance Stroll yang mungkin tidak sempat pulih sebelum GP Bahrain di Litar Antarabangsa Sakhir bermula yang merupakan aksi pembuka tirai Formula Satu (F1) musim ini.

Bagaimanapun, prinsipal pa­sukan Aston Martin, Mike Krack enggan mendapatkan semula khid­mat Vettel walaupun pelumba berpengalaman dari Jerman itu baru sahaja bersara penghujung musim lalu.

Sebaliknya, Aston Martin mengumumkan Drugovich iaitu juara Formula 2 musim lalu, sebagai pelumba yang akan bersedia untuk mengisi kekosongan pada GP Bahrain sekiranya Stroll gagal mengambil bahagian.

“Pasukan sentiasa berusaha memastikan Lance (Stroll) mempunyai peluang bermula pada GP Bahrain hujung minggu ini selepas terbabit dalam kemalangan ketika latihan berbasikal baru-baru ini.

“Sekiranya dia tidak sempat cergas sepenuhnya, bermakna Felipe (Drugovich) yang akan memandu jentera AMR23 Aston Martin bersama Fernando (Alonso),” menurut kenyataan Aston Martin.

Vettel sememangnya seorang pelumba yang berpengalaman luas untuk membantu Aston Martin buat sementara waktu berdasarkan pencapaian hebatnya menjuarai empat gelaran dunia F1 berturut-turut dari 2010 hingga 2013.

Bagaimanapun, sentuhan Vettel sudah ‘berkarat’ apabila beliau hanya berupaya menghuni tempat ke-12 keseluruhan ketika memandu jentera Aston Martin selama dua musim pada 2021 dan 2022 sebelum bersara hujung tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI