fbpx
LEWANDOWSKI meletakkan Barcelona di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti, namun gagal membantu kemenangan pasukan itu. – AFP

Liga Europa: Barcelona akui gagal tangani aura ‘gila’ Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez tidak dapat membendung kekecewaan apabila tersingkir daripada sai­ngan Liga Europa selepas tewas 3-4 secara agregat kepada Manchester United pada aksi playoff awal pagi semalam.

Pada aksi timbal balik di Old Trafford awal pagi semalam, United memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila menang 2-1, sekali gus memastikan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Barcelona bagaimanapun terlebih dahulu mendahului perlawanan hasil jaringan Robert Lewandowski pada minit ke-18 sebelum United bangkit di separuh masa kedua menerusi Fred dan Antony.

“Gol penyamaan yang dijaringkan United pada awal separuh masa kedua benar-benar memberi kesukaran kepada kami. Barcelona bermain sangat baik di separuh masa pertama, namun tuah tidak menyebelahi.

“Kekalahan ini sangat mengecewakan. Semua pemain hampa memandang­kan mereka sangat menantikan perlawanan ini, namun mereka juga perlu berbangga kerana sudah menampilkan aksi terbaik,” kata Xavi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji aksi United, lebih-lebih lagi mereka memiliki kelebihan fizikal selain mendapat suntikan semangat aksi di laman sendiri.

“Secara fizikal, mereka sa­ngat kuat. Sebagai contoh, mereka menggunakan kelebihan tersebut untuk menjaringkan gol kemenangan. Kekalahan ini sangat menyakitkan kerana pemain-pemain saya berhak untuk dapat lebih,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI