fbpx

UCL: Vinicius galas impian besar Ancelotti, The Galacticos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS (kiri) berada pada prestasi terbaiknya untuk menggalas tanggungjawab merobek gawang Liverpool awal pagi esok. – AFP

MADRID – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti mengharap­kan sentuhan magis penyerang sensasi, Vinicius Junior untuk menghampakan Liverpool menjelang aksi pertama pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi esok.

Sebagai rekod, Vinicius telah menjadi duri dalam daging buat skuad The Reds selepas meledak gol tunggal pada aksi final Liga Juara-Juara musim lepas yang menyaksikan The Galacticos menjulang trofi paling berprestij Eropah itu buat kali ke-14.

Kata Ancelotti, prestasi Vi­nicius sejak beberapa perlawanan lepas sangat memberangsangkan dan sudah tentu menjadi sandaran utama pasukan untuk merobek gawang lawan selain kap­ten pasukan, Karim Benzema.

“Vinicius adalah pemain yang boleh mengubah perlawanan pada bila-bila masa. Saya cukup gembira dengan prestasinya ketika ini dan harap dia boleh melakukan perkara yang sama pada perlawanan menentang Liverpool nanti.

“Selain itu, saya boleh mengesahkan beberapa pemain utama kami yang direhatkan pada per­lawanan liga baru-baru ini se­perti Benzema, Toni Kroos dan Aurelien Tcouhameni bakal diturun­kan pada aksi di Anfield nanti,” katanya.

Sementara itu, pemain te­ngah Real, Luka Modric tidak mahu rakan sepasukannya memandang rendah keupayaan Liverpool yang dikritik hebat kerana gagal pamerkan pres­tasi konsisten pada musim ini.

“Secara jujur, saya pasti bukan saya sahaja yang terkejut de­ngan prestasi Liverpool musim ini ke­rana dengan barisan pemain yang mereka ada, sepatutnya mereka boleh lakukan yang lebih baik. Apa yang pasti pasukan perlu sentiasa berwaspada de­ngan ancaman,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI