fbpx

Kalau nampak perubahan nanti maksudnya insya-Allah – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA mengambil pendekatan membiarkan persoalan sama ada dia hamil anak kedua atau tidak menjadi teka-teki.

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal Neelofa mengambil pendekatan tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan yang mengatakan dirinya kini hamil anak kedua dan membiarkan persoalan itu kekal menjadi teka-teki orang ramai, sama seperti ketika dia hamil anak pertamanya, Muhammad Bilal.

Ujar Neelofa, 34, dia enggan membuka mulut bercakap tentang perkara tersebut kerana lebih selesa untuk membiarkan perubahan fizikalnya menjadi jawapan kepada persoalan ramai sama ada dirinya hamil atau tidak.

“Ketika hamil anak pertama (Muhammad Bilal), semua persoalan itu terjawab apabila perut saya semakin membesar. Jika nampak perubahan yang sama nanti, maksudnya insya-Allah (hamil). Itu pendirian saya.

“Sebab bagi saya, perkara yang belum pasti, tidak perlulah hendak dihebah-hebahkan. Sama seperti hal berkaitan perkahwinan atau kelahiran. Apa-apa pun saya hargai setiap doa yang diberikan,” ujarnya.

Tambah Neelofa atau mesra disapa Lofa, dia turut menyifatkan pendekatan yang diambilnya itu adalah yang terbaik serta mengharapkan semua pihak mendoakan kesejahteraan dirinya dan juga keluarga.

“Lebih baik doakan yang perkara yang baik-baik. Sesiapa yang pernah mendengar jawapan saya sebelum ini, mereka akan faham. Bukan niat kami untuk menafikan. Cuma apa sahaja yang berlaku, kita sentiasalah mendoakan perkara yang baik,” ujarnya.

Terdahulu, teka-teki tentang kehamilan bekas pemenang Dewi Remaja 2009/2010 itu tercetus selepas tular video menunjukkan perubahan pada bahagian perutnya yang kelihatan bentuk ‘baby bump’ dalam media sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut, kelihatan Neelofa memegang perutnya yang kelihatan semakin membesar sewaktu memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Bilal yang pertama pada 29 Januari lalu.

Untuk rekod, Neelofa selamat mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Bilal berusia setahun yang dilahirkan pada 29 Januari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI