fbpx

Milo sumbang RM80,000 kepada badan kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada penerima sumbangan pek Milo Hi-Fibre di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalal di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Nestle Malaysia melalui jenama minuman popularnya, Milo telah menyumbang sebanyak 10,000 pek Milo Hi-Fibre yang bernilai RM80,000 kepada badan kebajikan terpilih menerima program  Charity At Heart.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Unit Perniagaan Nestle, Andrew Yoon berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan atas tujuan yang baik kepada masyarakat.

“Nestle dan Milo telah banyak mengadakan program amal tetapi kali ini kami memfokuskan kepada projek pembangunan sukan untuk kumpulan masyarakat yang kurang bernasib baik,”  katanya  pada majlis pelancaran Charity At Heart di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sepanjang program  amal itu berlangsung, orang ramai dapat membeli setiap pek Milo Hi-Fibre dengan harga istimewa iaitu RM8.

Dalam acara sama, seramai 100 keluarga berpendapatan rendah telah menerima sumbangan daripada pihak Milo dan Pavilion Bukit Jalil selain turut diadakan sesi badminton bersama duta Milo Hi-Fibre yang juga legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

“Pada usia sekarang sudah tiba masanya saya kongsikan segala kemahiran dan nilai positif yang diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton negara kepada generasi muda,” kata Rashid yang turut merasmikan program amal berkenaan.

Milo Hi-Fibre yang dilancarkan baru-baru ini memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat mengikut panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Masih mengekalkan rasa ikonik minuman kegemaran rakyat Malaysia, Milo Hi-Fibre mengandungi khasiat tambahan daripada kandungan serat yang lebih tinggi dan lebih kurang setengah sudu kecil gula untuk setiap hidangan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI