fbpx

Bakat ATM hulur bantuan selimut, tuala kepada mangsa gempa bumi Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emir Salim (dua dari kanan) ketika menerima sumbangan selimut dan tuala daripada Bakat ATM

PETALING JAYA – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) ATM hari ini menyumbang sebanyak 4,000 helai selimut dan tuala kepada mangsa gempa bumi yang terjejas di Turkiye.

Bahagian Hal Ehwal Awam ATM dalam kenyataan hari ini berkata, sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Bakat ATM, Mejar Hazfina Hassan yang mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Tengku Muhaini Sultan Haji Ahmad Shah kepada Duta Besar Turki di Malaysia, Emir Salim Yuksel.

“Sumbangan yang juga merupakan inisiatif oleh Tengku Muhaini bertujuan untuk meringankan beban yang dipikul oleh mangsa yang terjejas akibat bencana alam berkenaan di samping mendukung usaha-usaha kebajikan yang digerakkan oleh Bakat ATM.

“Ia juga selaras dengan peranannya dalam memberi khidmat kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa serta menyokong aktiviti-aktiviti amal samada yang
digerakkan di dalam mahupun luar negara,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, inisiatif itu juga bagi menyokong usaha ATM yang telah mengerakkan pasukan perubatan dan kesihatannya bagi mengoperasikan Hospital
Medan Malaysia (HMM) di negara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI