fbpx

UCL: PSG belum berputus harap ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE berjaya meledak gol, namun dibatalkan apabila Nuno Mendes yang melakukan hantaran terlebih dahulu berada pada kedudukan ofsaid. – AFP

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier percaya pasukannya masih berpeluang layak ke suku akhir Liga Juara-Juara meskipun tewas 0-1 kepada Bayern Munich pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Kingsley Coman pada minit ke-53 merentap ego PSG meskipun mereka membariskan pemain bintang termasuk Lionel Messi dan Neymar dalam kesebelasan utama.

Walaupun bakal bertandang ke Allianz Arena dengan defisit satu gol bagi aksi timbal balik bulan depan, namun Galtier melaungkan keyakinan barisan pemainnya mampu mengubah keputusan tersebut.

“Tidak ada sesiapa yang layak ataupun tersingkir selepas perlawanan malam ini (semalam). Pasukan ini akan lebih ‘segar’ dalam tempoh tiga minggu lagi, jadi kami masih berpeluang untuk tewaskan Bayern.

“Kami masih ada masa sebelum perlawanan timbal balik, oleh itu beberapa pemain sempat untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Saya tidak bimbang dengan perlawanan kedua nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengakui, PSG mampu untuk mencatat kemenangan pada perlawanan semalam, namun kemasukan Kylian Mbappe pada minit ke-57 menggantikan Carlos Soler sedikit lambat.

“Kami kurang bernasib baik kerana kemasukan Kylian (Mbappe) selepas mereka menjaringkan gol. Kami mencipta beberapa peluang terbaik, namun masih belum mencukupi, cuma ia berikan kami harapan untuk perlawanan kedua nanti bagi mendapatkan kemenangan,” ujar Galtier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI