IPOH – Ada dalam kalangan ibu bapa terpaksa menggunakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diberikan secara one-off bermula 12 Januari lalu untuk membeli dua biji tayar terpakai selain barangan keperluan lain. Rata-rata mereka mengakui ia digunakan bagi membeli barangan keperluan harian walaupun ia sepatutnya digunakan untuk kegunaan sekolah anak masing-masing. Menurut Ahmad Abd. Rashid, 38, dia terpaksa menggunakan wang tersebut bagi menukar sepasang tayar keretanya. “Hasrat awal memang untuk simpan duit itu tetapi keadaan tayar kereta yang teruk……















