fbpx

RM31 juta dibelanjakan bagi menghadapi tuntutan Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM31 juta kos perundangan bagi menghadapi tuntutan yang difailkan waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia bermula 20 November 2019 hingga Januari tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu melibatkan kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan.

“Secara khususnya fi guaman dan bayaran sahaja sebanyak RM36,000 (tahun 2019), RM167,000 (tahun 2020), RM8.2 juta (tahun 2021), RM13.5 juta (tahun 2022).

“Manakala, RM5.4 juta (tahun 2023) bagi pengendalian kes Mahkamah di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kos guaman yang telah dibelanjakan bagi menghadapi tuntutan tersebut.

Azalina memaklumkan, keputusan permohonan rayuan oleh Malaysia terhadap perintah Mahkamah Peranci bertarikh 29 September lalu dijangka akan dikeluarkan pada Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI