fbpx

Kes bunuh: Nasib dua beradik, tiga rakan diketahui 22 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada tertuduh ketika hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Nasib dua beradik bersama tiga rakan sama ada dibebaskan atau didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang penagih dadah lima tahun lalu, akan diketahui bulan hadapan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Su Tiang Joo sepatutnya membacakan keputusan di akhir kes pembelaan dalam prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon agar dibenarkan untuk menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya semua keterangan-keterangan yang dikemukakan dikaji semula.

Permohonan itu kemudian dibenarkan mahkamah selepas menimbangkan ia melibatkan pertuduhan yang serius dan menetapkan 22 Mac 2023 bagi membacakan keputusan kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, C. Sathis, 29, dan adiknya, Kartik Krishnan, 24, bersama-sama J. Jaya Ganesh, 25; A. Arjun, 26 dan V. Sivabalan, 24, didakwa dengan niat bersama telah membunuh seorang lelaki, Chung Thian Keong, 54.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi sungai berhampiran Kampung Baru Chenderong, Jalan Tanjung Tualang dalam daerah Batu Gajah, antara pukul 7 petang pada 17 Mei 2018 hingga 7 pagi 18 Mei 2018.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mod Said manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Charan Singh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI