fbpx

Bongkar taktik ulangan isi diesel untuk seleweng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori dan tangki yang dirampas dalam serbuan premis itu di Telok Panglima Garang, Banting, Selangor.

KUALA LANGAT – Taktik satu sindiket membuat pengisian secara berulang di stesen minyak bagi menyeleweng diesel subsidi tumpas apabila digempur pihak berkuasa di sekitar Telok Panglima Garang, Banting di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu menahan dua lelaki termasuk pemilik premis berusia 30 dan 45 tahun selain merampas 20,000 liter dianggarkan RM43,000.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, kejayaan itu hasil risikan selama sebulan selain maklumat awam terhadap aktiviti tersebut.

Katanya, ketika serbuan seorang lelaki  Bangladesh dilihat berlegar di premis itu namun tiada aktiviti pengagihan minyak dikesan.

“Tidak lama kemudian, seorang lelaki disyaki pemilik premis muncul dan kedua-dua mereka ditahan bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, nilai keseluruhan sitaan dan rampasan termasuk diesel dan dua buah lori itu dianggarkan RM711,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI