fbpx

Bekalan telur di Kedah cukup sehingga Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isa (tengah) pada Majlis Perasmian Program New Breed Marketing Entrepreneur Ejen Pemasar FAMA di Kolej Komuniti Sungai Petani hari ini

SUNGAI PETANI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah memberi jaminan bekalan telur ayam di negeri ini mencukupi untuk menampung keperluan permintaan telur sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengarahnya, Isa Hamzah berkata, ia susulan kerjasama FAMA dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan tujuh penternak ayam telur di negeri ini sejak awal tahun ini.

“Selain itu, kita juga telah mendapat bekalan telur tambahan menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar telur ayam di Melaka sejak tahun lalu.

“Sehingga kini, kita sudah ambil kira-kira 350,000 biji telur pelbagai gred dari syarikat itu bagi memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) Ejen Pemasar FAMA di Kolej Komuniti Sungai Petani di sini hari ini.

Kata beliau, bekalan telur akan dipasarkan di semua outlet FAMA di seluruh negeri ini dan selain telur ayam, bekalan sayur juga dijamin mencukupi.

“Saya difahamkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina ada sedikit masalah bekalan sayur dari Cameron Highlands disebabkan masalah sistem pengangkutan yang terganggu. Sekarang semua jenis sayur boleh didapati di pasaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI