fbpx

[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi di Bentong hari ini. - IHSAN MEDIA SOSIAL

BENTONG – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan kawasan Bukit Tinggi di sini mengalami banjir kilat berlumpur.

Air berlumpur mengalir deras menuruni bukit ke kawasan perkampungan Bukit Tinggi bermula pukul 6 petang tadi sehingga kini menyebabkan banyak kenderaan yang melalui kawasan itu terkandas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Mohd Shafie Sulong berkata, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang dipindahkan setakat puku 8.30 malam ini akibat kejadian berkenaan.

“Bagaimanapun laluan Bukit Tinggi-Janda Baik dan Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan.

“Kejadian adalah air melintas di atas jalan daripada bukit dan tidak melibatkan pemindahan mangsa banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI