fbpx

Upah lumayan heret empat penganggur buat kerja ‘part time’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN menunjukkan barang rampasan hasil tangkapan ke atas empat suspek dalam sidang akhbar di IPD Kluang, Kluang hari ini.

KLUANG – Upah lumayan bernilai RM700 untuk sebuah rumah mengheret empat penganggur melakukan kerja sambilan dengan khianat menyimbah cat merah terhadap peminjam ah long sebagai menambah sumber pendapatan.

Bagaimanapun, pekerjaan terkutuk itu mula dilakukan secara aktif suspek sejak awal Januari lalu tumpas susulan melakukan khianat terhadap sebuah rumah teres di Kluang kira-kira 7.15 petang pada 8 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil risikan dan maklumat awam, empat suspek terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita berusia 27 hingga 35 tahun berjaya ditahan di sebuah hotel bajet di Johor Bahru.

Katanya, siasatan awal mendapati semua empat suspek adalah warga tempatan yang tinggal di Johor Bahru dan pekerjaan khianat ini diperolehi secara atas talian dipercayai majikannya adalah warga negara jiran, Singapura.

“Semakan turut mendapati salah seorang suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah selain orang dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar manakala seorang lagi suspek sebagai orang dikehendaki IPD Seri Alam serta mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan narkotik,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kluang hari ini.

Menurut Bahrin, dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing mempunyai satu dan dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah.

“Kita turut rampasa tujuh bungkusan plastik mengandungi cecair warna merah dipercayai bahan cat, empat buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua helai kertas putih tercatit alamat-alamat rumah yang dijadikan sasaran untuk simbah cat dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Semua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 14 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI