fbpx

Tak perlu layan kenyataan Ramasamy – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika di sidang akhbar selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2023 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific di sini, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pandangan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mengenai penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam harus diabaikan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Ramasamy sememangnya dikenali sebagai ‘loose canon’ dan kenyataan yang dikeluarkan olehnya baru-baru ini tidak perlu dilayan.

“Kita tidak perlu layan kenyataan dia. Biarlah kepemimpinan partinya (DAP) menangani perkara ini,” katanya pada sidang akhbar bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.

Terdahulu, Ramasamy pada Jumaat lalu dilaporkan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramasamy berpendapat, hujah lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina tidak lagi terpakai.

Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI