fbpx

Tender menantu Muhyiddin, biar pihak berkuasa siasat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama sebahagian pengunjung Karnival Kerjaya MYFuture Jobs dan Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFuture Jobs yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu berhubung pemberian tender kepada menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pihak berkuasa bagi siasatan.

Menurutnya, isu berkenaan tidak akan tersebar sekiranya ia tidak benar dan mengingatkan kesemua pemimpin dalam kerajaan untuk tidak menggunakan kedudukan bagi memperoleh kekayaan.

“Jahat tidak jahat tunggu laporanlah, saya tidak fikir hal ini dihebahkan begitu rupa kalau tidak benar, ada kebenarannya. Sejauh mana dia terbabit, saya tidak tahu, itu siasatan perlu dilakukan.

“Tujuan kita nak hentikan, siapa sahaja Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau menteri selepas ini, jangan anggap itu tempat untuk dia kayakan anak menantu dia, itu pengajarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad.

Terdahulu, dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau menyifatkan tuduhan ini sebagai fitnah jahat yang direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga.

Muhyiddin dalam masa yang sama turut mendakwa ia merupakan sebahagian siri tohmahan jahat dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional pimpinan Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI