fbpx

KPM siasat dakwaan guru minta murid tukar agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman sidang akhbar yang mendakwa seorang guru menggalakkan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk memeluk agama Islam.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah menjalankan siasatan awal bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkaitan dakwaan guru yang meminta murid untuk menukar agama.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama.

“KPM telah mendapatkan maklum balas awal daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung kenyataan video tular tersebut dan siasatan awal telah dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat,” katanya.

Menurut KPM, pihaknya memandang serius terhadap isu yang dilaporkan selain menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmoniaan kaum dan negara selain akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia jika terdapat laporan polis dibuat.

“KPM tidak akan berkrompomi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI