fbpx

Sama-sama ‘cium matahari’, Mark dan Arin didakwa bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARK dan Arin.

PIHAK agensi penyanyi Mark dan Arin menafikan khabar angin mengatakan mereka sedang bercinta.

Spekulasi cinta mereka muncul apabila Arin memuat naik sekeping gambar dalam Instagram yang menunjukkan seolah-olah satu ciuman ke arah matahari terbenam.

Gambar tersebut dikatakan seolah-olah hantaran Mark dalam Instagram pada Oktober lalu dengan kedudukan dan gaya yang sama.

Bagaimanapun, ciuman sebegitu sangat terkenal dalam kalangan pengguna media sosial sama ada selebriti mahupun bukan.

Wakil agensi NCT, SM Entertainment turut menafikan hubungan percintaan Mark dah Arin.

Sumber daripada agensi OH My Girl, WM Entertainment juga menjelaskan, gambar Arin tersebut dirakam ketika bercuti bersama keluarga tidak lama dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI