fbpx

Kedutaan negara asing tiada kuasa keluar pas menetap di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee

PETALING JAYA – Kedutaan asing di negara ini tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang bentuk pas kepada rakyat mereka untuk menetap di negara ini walaupun bagi tempoh sementara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata pengeluaran visa dan pas kepada warganegara asing untuk tinggal dan bekerja di sini hanya boleh dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen (JIM) sebagai pihak berkuasa.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa mana-mana pihak luar tiada hak untuk mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) Migrant Care yang diterbitkan sebuah portal berita semalam, yang bertajuk ‘Petempatan Warga Asing di Nilai Spring Bukan Haram, Kata Migrant Care.’

Tegasnya, tiada mana-mana pihak boleh mempersoal kewajaran JIM melaksanakan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana ia merupakan tugas hakiki jabatan itu.

“Fakta yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak ialah mereka yang ditahan dalam operasi bersepadu ini adalah PATI.

“Rakyat Malaysia juga dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar apabila mereka melanggar undang-undang Imigresen negara berkenaan. Justeru semua pihak hendaklah menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, seramai 67 orang PATI termasuk 36 orang kanak-kanak ditahan dalam serbuan bersepadu yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing yang terletak 1.2 kilometer di dalam hutan di Nilai Spring, Nilai, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI