fbpx
Anggota SMART bersiap sedia untuk berlepas ke selatan Turkiye dalam misi bantuan SAR mangsa gempa bumi di KLIA, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Dua anjing unit K9 bomba dihantar ke Turkiye esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Sebanyak dua ekor anjing terlatih dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dihantar ke Turkiye esok bagi membantu misi menyelamat mangsa gempa bumi di negara berkenaan.

Haiwan tersebut akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang mula dihantar ke Turkiye pada lewat malam ini untuk tinjauan penilaian situasi.

Menurut Komander Pasukan Smart, Penguasa Kanan Bomba, Mohd. Khairul Jamil berkata, secara keseluruhannya sebanyak empat ekor anjing kemungkinan akan terlibat dalam misi menyelamat di negara tersebut selain membawa peralatan.

“Setakat ini, pihak SMART akan mendengar taklimat sejurus tiba di Gazientep iaitu lokasi paling hampir dengan pusat gegaran bencana tersebut,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Terdahulu, beliau bersama-sama 74 anggota SMART tiba di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas pukul 12 tengah malam ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR