fbpx

Tabiat pelik isteri Harris Annuar ‘gian’ bau simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Harris Annuar yang memasuki trimester ketiga kehamilan memaklumkan bau simen dapat mengelakkannya berasa loya atau muntah.

PETALING JAYA – Pelakon Harris Annuar yang bakal bergelar bapa mendedahkan isterinya Asha Merican kini mempunyai tabiat pelik apabila gemar menghidu bau simen pada dinding.

Katanya, insan kesayangan yang sedang hamil anak sulung mereka itu menyatakan aroma simen dapat mengelakkan rasa loya akibat alahan atau ‘mabuk’.

Kata bintang drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, setiap petang dia akan menemani Asha turun ke bahagian dinding tangga keselamatan di kediaman mereka yang dilepa dengan simen.

“Dilema seorang ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia ke kawasan tangga kecemasan,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Harris, 30, turut memaparkan gelagat isterinya yang juga seorang pelakon dan model sedang menghidu dinding.

Malah aktor merangkap hos itu turut mengusik Asha yang dilihat secara curi-curi meneruskan tabiat mencium aroma simen dalam perjalanan keluar dari tempat itu.

Menerusi hantaran sama, Harris sempat bertanya kepada pengikut laman sosialnya andai ada dalam kalangan mereka pernah berdepan situasi mengidam yang pelik seperti itu.

Ada yang memaklumkan isteri mereka mengidam bau tar yang baru diturap dan petrol, manakala seorang netizen lain pula mengusik anak pasangan terbabit nanti bakal bergelar kontraktor kelas A.

Rakan selebriti turut meninggalkan komen termasuk Yasmin Hani, Sweet Qismina dan Elly Ariffin yang mengatakan Asha kelihatan comel dalam video tersebut biarpun punya keinginan aneh.

Difahamkan, kandungan bakal ibu berusia 25 tahun itu memasuki trimester ketiga.

Terdahulu, Harris yang menyimpan kemas rahsia percintaan dengan Asha selama empat tahun memilih 11 Jun 2022 sebagai tarikh hari bahagia mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI