fbpx

Harris Annuar sembuh Covid-19, makin kurus dan gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRIS Annuar disahkan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19.

PETALING JAYA – Selepas 12 hari melakukan kuarantin kendiri sejak 4 Januari lalu, pelakon Harris Annuar kini disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Harris turut memaklumkan bahawa dia sudah menerima kebenaran pelepasan daripada melakukan rawatan isolasi dan dibenarkan pulang ke rumah.

“Alhamdulillah Ya Allah atas segala dugaan ini. Insya-Allah ada manisnya selepas ini.

“Aku dah boleh keluar, tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula. Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Sesudah kesulitan, ada kesenangan,” katanya.

Menerusi foto yang dimuat naik dalam Instagram, Harris turut berkongsi surat pelepasan isolasi yang diterimanya daripada Kementerian Kesihatan.

Dalam perkongsian berasingan, Harris juga dilihat memuat naik sebuah video memberikan kejutan kepada ibunya yang juga usahawan kosmetik, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton sebaik sahaja dibenarkan pulang ke rumah.

“Lamanya tak tengok, rindunya Aboi (nama panggilan Harris). Kurus, gelap, hitam. Kenapa?

“Sudah dapat surat pelepasan? Alhamdulillah, tapi kenapa Aboi kurus sangat? Susah ke duduk luar?,” ujar Kak Ton sebaik sahaja melihat anaknya di depan mata.

Terdahulu, bekas peserta Hero Remaja 2017/2018 itu disahkan positif Covid-19 pada 3 Januari lalu selepas pulang daripada bercuti di Pulau Langkawi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI