fbpx

IG hampir digodam, Noorkhiriah kongsi foto jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORKHIRIAH berharap agar penggodam diberi kesedaran agar tidak menganiaya orang dengan mencuri media sosial miliknya.

PETALING JAYA – Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa hairan kerana akaun Instagramnya cuba digodam walaupun kandungan dalam media sosial tersebut tidak menarik seperti orang lain.

Ujar pelakon itu, akaun Instagram miliknya banyak dipenuhi dengan gambar jenazah memandangkan dia kini aktif dengan kerja amal menguruskan khidmat pengurusan jenazah secara percuma, Pertubuhan Amal Nur by Khiriah kepada golongan memerlukan.

“Assalamualaikum wahai penggodam. Instagram akak (gelarannya) tak ada apa yang menarik melainkan banyak gambar jenazah. Fikir banyak kali ya (sebelum menggodam),” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Barangkali geram dengan perbuatan jahat tersebut, Noorkhiriah memuat naik sekeping foto jenazah yang siap dikapan berbaring di atas tempat mandian di dalam bilik mayat.

Pada masa sama, pelakon drama Bedah Tong Gas itu menasihatkan penggodam agar diberi kesedaran agar tidak melakukan penganiayaan terhadap orang lain.

Dalam perkongsian tersebut, Noorkhiriah turut berkongsi akaun Instagram kedua miliknya sekiranya yang sedia ada digodam suatu hari nanti.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat pelakon itu berkata, penggodam tertarik untuk menggodam akaun Instagramnya kerana dia memiliki seramai sejuta pengikut.

“Sebab pengikut akak ramai, jadi dia nak godam dan jual Instagram ini,” jelas seorang pengikutnya.

Sebelum ini, banyak akaun Instagram selebriti popular yang memiliki jutaan pengikut menjadi mangsa godam antaranya Aizat Amdan, Emma Maembong, Janna Nick, Ayda Jebat dan Wawa Zainal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI