fbpx

Tak hargai ‘gift’ murah, suami Fatin Afeefa riak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI Fatin, Aliff Awang kerap dikecam sejak kebelakangan ini gara-gara kenyataannya dianggap riak.

KEBELAKANGAN ini nama suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai, hangat diperkatakan berikutan kerap membuat perkongsian dalam laman sosialnya yang didakwa netizen sebagai ‘meminta-minta’ atau sengaja mengundang perhatian.

Selepas isu lelaki dominan dan ‘gigitan cinta’, terkini pemilik nama sebenar Aliff Awang itu dikatakan bersikap riak ketika membuat sesi siaran langsung TikTok.

Menerusi sesi yang sempat dirakam netizen, Opai berkongsi keterujaan apabila mendapat ‘gift’ atau hadiah berupa ikan paus daripada pengguna TikTok.

Pada masa sama, lelaki bertaraf jutawan itu mengungkit pula hadiah pemberian pengikut lain yang hanya memberikan hadiah murah kepadanya.

“Ada orang bagi gift ke? Ini baru gift. Kalau ya pun nak bagi gift, ini namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap terima kasih, agak-agak la.

“Saya kalau masuk ‘live’ orang, saya bagi gift banyak-banyak,” katanya ketika sesi tersebut.

Pastinya kenyataan seperti tidak tahu berterima kasih atau bersyukur tersebut mencetuskan reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan suami pelakon itu sebagai individu yang riak.

Rata-rata mendakwa dia seperti hilang rasa rendah diri sedangkan suatu ketika dulu mendedahkan pernah hidup susah.

Mizz Lahar: Tahniah buat Neelofa yang dikhabarkan hamil lagi. Kali ini pasti tiada lagi isu sembunyi wajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI