fbpx

Syarat Bella Astillah buat Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA Astillah dan Aliff Aziz.

SELEPAS mengunci bibir berhubung kehadiran orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Aliff Aziz, pendedahan Bella Astillah mengenai seorang aktres yang mengaku ‘tersuka’ suaminya mengejutkan ramai.

Begitupun, pelakon dan penyanyi itu sudah berbincang hati ke hati dengan Aliff bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang sebelum ini sudah beberapa kali diuji.

Di pihak wanita ketiga, Bella mendedahkan, aktres cantik itu sudah meminta maaf selain berjanji untuk tidak mengganggu bapa kepada dua cahaya mata itu.

Cuma Mizz Lahar difahamkan selain bagi amaran kepada si orang ketiga, Bella turut memberi syarat untuk suaminya jika mahu perkahwinan mereka kembali utuh.

Yelah, kalau tepuk tangan tak berbunyi, lagipun Aliff masih berbaki banyak babak untuk dilakonkan dengan aktres yang dituduh ‘penyondol’ itu.

Agaknya apalah syarat yang diberikan bintang Aku Tanpa Cintamu itu kepada Aliff ye?

Apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka. Mungkin di luar sana ada yang marah kenapa Bella beri peluang lagi kepada Aliff, tetapi kita bukan berada dalam kasutnya. Jadi doakan saja.

Mizz Lahar: Masih ada pelakon yang dalam misi mendekati penyanyi otai berstatus suami orang. Awas!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI