fbpx

Rashidi Ishak nikahi pengarah Kampung People?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Rashidi Ishak dan Wan Hasliza duduk berdua berpakaian sedondon kini tular.

PETALING JAYA – Pelakon Rashidi Ishak dikhabarkan sudah menamatkan zaman duda dengan pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Perkara tersebut didedahkan jurumekap, Mas Hashim menerusi satu hantaran Facebook sebentar tadi.

“Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” tulisnya menerusi platform media sosial tersebut.

Turut disertakan sekeping gambar Rashidi 50, sedondon dengan persalinan serba putih dengan Wan Hasliza yang cukup dikenali menerusi drama Kampung People itu.

Setakat ini, baik Rashidi mahupun Wan Hasliza yang juga penulis idea asal siri berkenaan masing-masing belum memberi pengesahan tentang perkara terbabit.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan kesahihan sama ada benar mereka sudah berkahwin masih belum berhasil apabila Rashidi dan Wan Hasliza tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan mesej.

Terdahulu, Rashidi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak, Mikhail Imran, 22, dan Maryam Rashika, 19.

Bagaimanapun, selepas 23 berkahwin, Rashidi dan Vanidah memilih untuk membawa haluan masing-masing apabila bercerai pada 9 Ogos 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI