fbpx

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap RM69 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia khususnya golongan B40 kini mampu menarik nafas lega dalam konteks menggunakan perkhidmatan internet apabila kerajaan mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) dengan harga RM69 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pakej ‘internet broadband’ itu diperkenalkan sebagai komitmen kerajaan menurunkan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

“Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) itu disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

“Pakej itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tapa had (unlimited data) dengan harga hanya RM69.00 sebulan.

“Ia mula ditawarkan pada bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, harga pakej ditawarkan itu ialah 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama laitu sekitar RM89.00.

“Ini bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.

“Pakej ini adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro,” jelasnya.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa kerajaan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI