fbpx

MK K-Clique buat apa di pusat hiburan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK K-CLIQUE

PERNAH berdepan isu dipeluk dan dicium peminat, kali ini penyanyi rap terkenal, MK K-Clique dikaitkan pula dengan video berada di sebuah pusat hiburan.

Cuma kali ini bukan berhubung tindakannya keluar berseronok sebaliknya lebih kepada kewujudan sebotol minuman pelik berhampiran tempat duduknya.

Video yang menunjukkan penyanyi berusia 26 tahun itu sedang memegang mikrofon sambil menari di sebelah Disc Jockey (DJ) berkenaan sebenarnya telah tular dalam laman sosial.

Mizz Lahar mahu bersangka baik. Mungkin botol tersebut kepunyaan pengunjung lain yang bukan Muslim.

Rasanya pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan yang pernah mengikuti tabligh dua tahun tahu batasan dan jaga diri.

Tapi itulah, tentu saja peminat kecewa apabila mendakwa MK seakan sengaja melupakan ilmu yang dipelajari sepanjang berguru dengan agamawan.

Apa pun kita tunggu saja penjelasan penyanyi kesayangan ramai ini sebab kita pun tak boleh tuduh sebarangan. Mana tahu itu babak dalam drama atau filem saja.

Mizz Lahar: Tiba-tiba teringat filem Pulau. Apa dah jadi, kecoh bukan main kemudian senyap sunyi sepi, apa kesimpulan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI