fbpx

Diskaun 50 peratus sewaan gelanggang sukan sepanjang SHWP 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster potongan harga yang ditawarkan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) menawarkan diskaun 50 peratus bagi sewaan gelanggang sukan, gimnasium, kolam, buggy dan basikal sepanjang bulan ini sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023).

PPj dalam kenyataan berkata, warga Putrajaya boleh berhubung terus dengan kaunter gelanggang dan kemudahan berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Mereka yang berminat boleh hubungi kaunter Taman Botani Putrajaya di talian 03-88877770, Kaunter Taman Wetland Putrajaya (03-88877774), Kaunter Dewan Serbaguna Presint 8 (03-88877665) dan Kaunter Kompleks Kejiranan Presint 16 (03-88877669).

“Boleh juga hubungi Kaunter Kompleks Kejiranan Presint 9 (03-88877668), Kaunter Kompleks Kejiranan Presint 11 ( 03-88877664), Kaunter Taman Cabaran Presint 5 (03 – 88877789 / 7202 / 7335) dan Kaunter Futsal Presint 18 ( 03-88877601),” katanya hari ini.

Katanya, bagi sewaan di Kompleks Sukan Taman Pancarona Presint 18, Padang Bola Sepak Sintetik Presint 8 & Padang Bola Sepak Taman Ekuestrian Presint 5 (Padang A, B & C) pula boleh hubungi 03-88877769.

Dalam pada itu, PPj turut menawarkan harga tiket promosi beli 3 percuma 1 bagi menaiki Cruise Tasik Putrajaya bagi tempoh bermula hari ini hingga 14 Februari.

Menurutnya, tawaran promosi hanya membabitkan produk Bot Persiaran (Cruise) dan Perahu Dondang Sayang sahaja.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Seri Rosida Jaafar dilaporkan berkata, SHWP 2023 kali ini menggunakan tema ‘Wilayah Persekutuan Untuk Semua’ dan pelbagai program diatur sepanjang sambutan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI