fbpx

[VIDEO] 20 murid jatuh laut, jeti kampung runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, terselamat selwpas terjatuh ke dalam laut ekoran jeti Kampung Pulau Pababag runtuh dalam kejadian pagi tadi. -Foto IHSAN PEMBACA

SEMPORNA – Suasana sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, dekat sini, bertukar cemas apabila kira-kira 20 pelajar sekolah berkenaan terjatuh ke dalam laut ekoran jeti Kampung Pulau Pababag runtuh pagi tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan semua murid berkenaan daripada lemas.

Rakaman video tentang kejadian itu turut tular di media sosial.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, berikutan kejadian itu, dua pelajar didapati mengalami kecederaan ringan namun sudah dibenarkan pulang.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 6.45 pagi ketika semua pelajar baru tiba di jeti kampung berkenaan untuk pergi ke sekolah.

“Bagaimanapun, jeti berkenaan runtuh secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan semua murid terbabit terjatuh ke dalam laut.

“Beberapa guru yang turut berada di lokasi kejadian dikatakan terus terjun bagi menyelamatkan murid terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI