fbpx
Gambar fail pemberian BAP di sebuah sekolah di Terengganu pada tahun lepas.

Buat apa nanti duit BAP anak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARI INI sudah pasti ramai ibu bapa yang berduyun-duyun ke sekolah kebangsaan anak masing-masing untuk mendapatkan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Akhirnya dapat juga bantuan kerajaan sebanyak RM150 untuk seorang anak, bantuan yang masuk tahun ketiga itu sememangnya dinanti-nantikan oleh ibu bapa tanpa mengira pendapatan isi rumah.

Kelainan untuk tahun ini wang berkenaan tidak dapat digunakan untuk membeli kelengkapan sekolah kerana ia diberikan selepas sekolah dibuka.

Mungkin ada juga yang membuat persediaan ala kadar untuk sesi persekolahan anak Isnin lalu kerana menunggu wang bantuan berkenaan. Minggu ini, mungkin ramai orang beli kasut sekolah agaknya.

Sebelum ini wang bantuan diberikan pada minggu akhir persekolahan sebelum bermula sesi baharu, jadinya wang itu boleh digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah dan kelengkapan yang lain.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, mereka boleh menuntut BAP melalui dua cara iaitu ibu bapa hadir bersemuka ke sekolah atau diberikan kepada anak melalui surat kuasa yang diedarkan.

Jadi wang BAP yang diterima pada minggu pertama persekolahan itu agaknya digunakan untuk apa kerana kelengkapan sekolah nampaknya sudah diselesaikan awal.

Bagi yang belum tahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi menyediakan BAP RM150 kepada semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam tahun ini.

BAP merupakan bantuan tunai secara sekali bayar yang diberikan kepada 5.2 juta murid bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan.

Terima kasih Kerajaan Perpaduan kerana meneruskan pemberian BAP pentadbiran terdahulu.

Sebenarnya banyak perkara boleh digunakan dengan BAP itu misalnya membayar duit Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) yang selalu dikatakan ‘mahal’ oleh ibu bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat.

Selain itu BAP juga boleh digunakan untuk membeli buku latihan atau buku aktiviti yang agak mahal juga iaitu sekitar RM80 bagi semua mata pelajaran.

Wang bantuan boleh juga digunakan untuk menggantikan kasut sekolah anak yang lusuh jika masih beli baharu pada tahun lalu.

Satu sahaja ingin diingatkan agar ibu bapa semua tidak menggunakan wang BAP itu untuk membeli pakaian raya walaupun untuk anak itu sendiri.

Kita kena amanah kerana bantuan itu diberikan untuk tujuan persekolahan, dalam apa tujuan sebab sekali pun wajib digunakan untuk tujuan pembelajaran sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN