fbpx

Selangor belum putuskan fatwa ubat PrEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (duduk tengah) bersama penerima sumbangan dan warga MAIS pada program itu di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

SHAH ALAM – Selangor belum memutuskan sebarang fatwa berkaitan larangan pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) kepada pasangan homoseksual bagi mencegah HIV di negeri ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, perkara itu akan diperincikan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan perundangan sebelum mewartakan larangan berkenaan.

Tegas beliau, MAIS menolak pemberian ubat PrEP itu berikutan isu homoseksual jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Secara prinsip asasnya, kita tidak boleh menggalakkan perbuatan tidak senonoh seperti homoseksual itu yang nyata di luar tabii manusia.

“Perkara melibatkan undang-undang itu (warta larangan) akan dikaji jawatankuasa fatwa negeri dan kita akan mengeluarkan kenyataan kelak,” katanya ketika ditemui selepas majlis perutusan Pengerusi MAIS 2023 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Pada 12 Disember lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan akan melakukan projek rintis berkaitan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Kosmo! pada 16 Januari lalu melaporkan ramai lelaki muda termasuk golongan profesional dan berkerjaya tinggi di negara ini menghidap HIV selepas terlibat dalam hubungan seks bebas sesama jantina.

Gaya hidup bebas, nafsu diri yang bertentangan dengan fitrah manusia serta terpengaruh dengan hubungan songsang di media sosial menjadi punca utama anak muda yang berusia 20 hingga 30 tahun mudah terjebak dalam kancah gejala sosial itu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI