fbpx

Rezeki infaq nasi lemak RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham Hakim mengedarkan nasi lemak infak kepada orang ramai di sekitar Tanjong Karang, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Pergorbanan sepasang suami isteri muda untuk menjaga adik mereka yang juga orang kelainan upaya (OKU) ‘dianugerahkan’ rezeki tersendiri menerusi
jualan nasi lemak RM1 sambil berinfaq.

Lebih murni apabila Izham Hakim Shah Amir Omar, 21, dan isterinya, Nor Syahirah Selamat, 20, menumpukan infaq bagi gelandangan dan pengutip botol di sekitar Tanjong Karang, di sini.

Menurut Izham, dia nekad berpindah dari Sungai Buloh ke rumah mentuanya di Parit 2, Ban 4 bagi membantu menguruskan keperluan adik iparnya berusia lapan tahun yang cacat fizikal, sejak awal bulan ini.

“Saya dan isteri berdepan dugaan kerana sukar mendapat pekerjaan biarpun sudah menghadiri pelbagai temu duga. Walaupun sebelum ini bekerja di sebuah kilang besi di Damansara, saya memutuskan untuk berhenti kerana mahu membantu keluarga mentua,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya yang baru mendirikan rumah tangga pada 10 Disember lalu, idea memulakan perniagaan nasi lemak timbul selepas kerap terserempak dengan gelandangan.

“Pada waktu itu, saya mencadangkan kepada isteri untuk berniaga sambil memberi infaq nasi lemak. Meskipun, kami juga serba kekurangan, hati saya tersentuh kerana masih ramai lagi hidup susah dan kurang bernasib baik,” ujarnya.

Jelas Izham, dia bersyukur apabila mula menerima tempahan daripada orang ramai untuk berinfaq nasi lemak RM1 di masjid, surau, rumah anak yatim dan individu perseorangan.

“Pelanggan kami bukan saja dari Tanjung Karang, malah di luar kawasan yang meminta supaya mengagihkan nasi kepada orang ramai. Alhamdulilah, nasi lemak RM1 yang dijual sejak 18 Januari lalu kini mencecah 400 bungkus sehari,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI