fbpx

JPJ Perlis keluarkan 503 saman dalam Ops TBC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ memeriksa sebuah bas di sekatan jalan raya di Arau pada malam semalam.

KANGAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan sebanyak 503 saman sepanjang Ops Tahun Baharu Cina (TBC) dari 18 Januari hingga semalam.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, dalam operasi itu, sebanyak 4,742 kenderaan diperiksa dengan 191 daripadanya dikenakan tindakan melibatkan 424 kesalahan.

“Kita mengeluarkan sebanyak 503 notis atas pelbagai kesalahan selain 63 notis penyitaan kenderaan,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Setia Bulanan JPJ Perlis di Jejawi di sini hari ini.

Kata beliau, antara kesalahan dilakukan adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 96 kes, kesalahan teknikal (91), tiada perlindungan insurans (84) dan tiada lesen memandu (73).

“Sebanyak 12 kes direkodkan bagi tujuh kesalahan utama iaitu potong barisan, potong garisan berkembar, tidak patuh lampu isyarat, lebih had laju, guna telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan,” ujarnya.

Menurutnya, kesalahan LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu kerap dilakukan pengguna meskipun pelbagai program pendidikan serta advokasi telah dilakukan.

Sementara itu, Fatimah berkata, seramai 145 anggota penguat kuasanya dibekukan cuti sepanjang Ops TBC 2023 kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti penguatkuasaan.

“Pelbagai cara dilakukan JPJ seluruh negara bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya termasuk melakukan ‘penyamaran’ sebagai penumpang bas ekspres
serta pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

“Sementara pelaksanaan Perception of Being Caught (POBC) secara rondaan di laluan utama jalan persekutuan selain Ops Khas Motosikal serentak di seluruh negara diadakan secara bersepadu bersama agensi berkaitan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI