fbpx

Isteri Syafiq Farhain hamil lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ Farhain bakat bergelar bapa pada Mei atau Jun depan.

PETALING JAYA – Penyanyi Syafiq Farhain mengesahkan isteri yang juga pengurusnya Alia Nadia, 29, kini hamil lima bulan.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, mengaku berdebar-debar menanti kelahiran anak sulung yang dijangka lahir pada hujung Mei atau awal Jun depan.

“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat serta selamat.

“Insya-Allah, isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang saya buat nanti.

“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.

Syafiq ditemui media pada sidang akhbar Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring di sebuah restoran di sini, petang tadi.

Untuk rekod, Syafiq yang merupakan anak Allahyarham Saleem Iklim dan Alia bernikah pada 10 Oktober 2021.

Terdahulu, Syafiq yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music pada April tahun lalu, mengaku sudah berkahwin dan tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan lain, Syafiq berbesar hati dipilih terlibat untuk membantu Iskandar dalam Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring yang akan diadakan di Santai Seni@TAR, Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Ahad ini.

Persembahan percuma tersebut akan bermula pada pukul 2.30 sehingga 6.30 petang.

“Alhamdullillah saya akan menyanyikan empat buah lagu pada Ahad ini. Insya-Allah, lagu-lagu yang akan dinyanyikan adalah karya Iklim. Saya harap jelajah ini akan dapat sambutan dan sokongan ramai untuk kita sama-sama membantu abang Iskandar yang memerlukan,” katanya.

Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail yang merupakan pemain gitar Spring yang kini dalam keadaan lumpuh serta turut menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.

Berikutan itu, Iskandar yang juga antara pengasas kumpulan Spring itu juga hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI