fbpx

Bank perlu bayar ganti rugi mangsa ‘scammer’ Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pihak bank perlu bertanggungjawab dan membayar semula ganti rugi kepada mangsa yang terlibat kes penipuan dalam talian membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Beliau berkata, setakat ini, jumlah kerugian penipuan dalam talian TH menerusi pelbagai institusi perbankan merekodkan sebanyak RM1.96 juta.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa membuat pengeluaran wang simpanan akaun TH melalui perbankan konvensional.

“Pihak bank bertanggungjawab menentukan kaedah dan jumlah ganti rugi jika syarat pengawasan perakaunan bank terbabit dibolosi.

“Bank perlu menangani isu kehilangan wang simpanan pendeposit supaya pendeposit tidak hilang keyakinan terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kata beliau, pihak bank (konvesional) juga perlu menyediakan laporan atau penyata ganti rugi kepada mangsa penipuan, supaya perkara itu dipantau dari semasa ke semasa.

“Segala tindakan dan keputusan mesyuarat jawatankuasa akan diusulkan dalam sidang Dewan Negara akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI