fbpx

Pelanggan mengamuk, enggan terima hakikat saiz espreso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen terhibur dengan herdikan pelanggan berkenaan dan disifatkan tidak patut bagi penggemar kopi

PETALING JAYA – Gara-gara pesanan kopi espreso, seorang pelanggan mengamuk di kuanter dan bertindak mencaci serta memaki hamun pekerja kedai berkenaan.

Menerusi rakaman video dimuat naik penyelia kedai @miloais_1ikattepi di Tiktok, memaparkan pihaknya menerima herdikan daripada pelanggan yang enggan menerima hakikat minuman dipesannya bersaiz kecil.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @faizfayeshz dan berkata, dia juga pernah bertanya soalan sama kepada pembuat kopi (barista) tetapi tidak bertindak kasar seperti dalam video.

“Kasihannya. Saya dulu pernah juga memesan kopi espreso. Kemudian, saya bertanya kepada barista mengapa saiz kecil seperti itu dan kami gelak sama-sama secara beramai-ramai,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna berasa lucu dengan kenyataan dikeluarkan pelanggan berkenaan apabila dia tidak dapat menerima hakikat bahawa cawan kopinya kecil berbanding kopi lain.

“Kurang bijak. Di kebanyakan kedai, kopi espreso memang dihidangkan dengan cawan yang paling kecil,” ciap seorang netizen, @zedzahid.

“Lawak sungguh. Jika saya di tempat pembuat kopi itu, saya hidangkan saja gelas besar, biar dia tidak tidur seminggu. Itu espreso, bukan sirap bandung,” ujar @callmefye.

“Tidak faham mengapa perlu menengking demi secawan kopi. Jika bertanya elok-elok, entah-entah dapat segelas kopi percuma lagi,” tulis pengguna lain, @keemanxp.

Hantaran video yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial itu telah meraih 4,191 tanda suka, 2,910 ulang ciap dan 645,400 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI