fbpx

Nik Aminuddin dilantik pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menyaksikan serah terima tongkat kuasa daripada Mohd. Nasaruddin (kiri) kepada Nik Aminuddin di IPD Pasir Mas hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR MAS – Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas berkuat kuasa bulan depan.

Beliau akan menggalas tanggungjawab itu selepas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir dilantik sebagai pengiring Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya kehilangan seorang pegawai yang banyak membantu kecemerlangan pasukan polis negeri ini.

“Saya bangga apabila Mohd. Nasaruddin terpilih menjadi orang kepercayaan TPM. Lebih setahun beliau bertugas sebagai Ketua Polis Daerah, banyak sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada penduduk dan pasukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI