fbpx

Mungkin harimau bintang yang dirakam CCTV – Perhilitan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat harimau bintang yang dirakam CCTV di sebuah rumah di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini.

IPOH – Kelibat harimau yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini berkemungkinan merupakan daripada spesies harimau bintang.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff hari ini ketika mengulas tentang rakaman CCTV tular berdurasi lebih satu minit tersebut yang tular sejak semalam.

“Kakitangan kami dah pergi siasat, kalau tengok video itu macam ‘clouded leopard’ (harimau bintang). Kami akan pantau lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Jabatan Perhilitan mengesahkan telah menerima aduan daripada penduduk taman itu yang mendakwa melihat haiwan tersebut berhampiran rumahnya semalam dan mereka sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sehubungan itu, Yusoff meminta orang ramai agar berhati-hati serta tidak melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan harimau berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI